Sunday, April 3, 2011

PENULISAN INDIVIDU PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PINTAR CERDAS

Definisi Pelajar Pintar Cerdas

Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di samping itu, Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972.

Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.

Di dalam mengenal pasti pelajar pintar cerdas definisi bagi pelajar pintar cerdas adalah perlu relatif terhadap program yang hendak dibangunkan. Ia adalah penting agar produk yang bakal diperolehi nanti bertepatan dengan matlamat dan kehendak program serta selari dengan kurikulum yang akan ditawarkan. Jadi kebanyakan pihak sekolah membuat definisi tersendiri ke atas pelajar pintar cerdas berdasarkan program yang akan dilaksanakan. Secara teknikal, di dalam pentaksiran pelajar pintar cerdas, kumpulan pelajar tersebut di kategorikan dalam individu yang memperolehi skor tinggi bagi ujian IQ ataupun berprestasi cemerlang di dalam akademik serta cenderung terhadap kepintaran sesuatu bidang.

Pengenalpastian dan pentaksiran bagi pelajar pintar cerdas adalah suatu proses menandakan pelajar pintar cerdas mengikut kategori kepintaran khusus mereka. Ianya bukanlah suatu proses untuk membangunkan kepintaran dan kebolehan para pelajar tersebut. Bagi kesemua ciri-ciri pintar cerdas juga dikatakan sebagai kecenderungan khusus. Pintar cerdas adalah satu anugerah yang membuka jalan dalam membangunkan kebolehan spesifik, bakat dan kecenderungan. “ Talent “ adalah kebolehan spesifik seperti kebolehan di dalam bidang muzik, politik, seni dan banyak lagi bidang.

Kriteria Pengenalpastian
Gardner ( 1996 ) memberi penekanan pelbagai faktor di dalam setiap prosedur pengenalpastian dan pentaksiran yang dibangunkan ke atas pelajar pintar cerdas. Teori kemanusiaan perlulah menjadi ciri utama di dalam setiap prosedur yang dibina. Walaupun begitu, prosedur ataupun kaedah pengenalpastian dan pentaksiran yang diguna pakai pada ketika itu masih diragui ketepatan keputusannya. Kualiti pengukuran juga boleh dipertikaikan. Ini kerana tidak terdapat satu piawaian yang boleh menentukan kesahan dan kebolehpercayaan di dalam prosedur atau pendekatan yang digunakan itu. Maka apa juga pendekatan yang digunakan pada masa itu akan menimbulkan isi kesahan dan kebolehpercayaan ke atas keputusan yang diperolehi. Rentetan daripada permasalahan yang timbul, pelbagai usul dan cadangan telah diutarakan. Oleh kerana dikalangan individu yang pelbagai terdapat bermacam-macam kebolehan dan kepintaran satu standard piawaian telah ditetapkan kriterianya dari segi ujian yang dilaksanakan, gred yang digunapakai oleh pihak sekolah, rujukan, ujian kreativiti dan banyak lagi.

Mengenalpasti Pelajar Pintar Cerdas Di Dalam Populasi
Proses mengenalpasti individu pelajar pintar cerdas dan kecenderungan spesifik mereka sebenarnya sesuatu perkara yang sukar dan mencabar. Di sebabkan ada sesetengah bentuk prosedur ataupun pendekatan yang digunakan tidak mebuat pengujian secara holistik ke atas kriteria-kriteria yang sepatutnya, maka telah berlaku situasi terlepas pandang ke atas segelintir pelajar yang sepatutnya tergolong dalam kumpulan pelajar pintar cerdas. Frasier ( 1994 ), telah menulis satu kaedah dan prosedur dalam mengenalpasti kanak-kanak pintar . Beliau mengambil kira kebolehan spesifik di kalangan populasi minoriti. Ini bermaksud setiap instrumen yang diberikan kepada para pelajar akan mengandungi bidang-bidang pengujian yang dipisahkan mengikut pelbagai kecenderungan. Menurut ‘ The National Association For Gifted Children Communittee On Special Population ‘ , dalam menegenalpasti dan mentaksir pelajar pintar cerdas, golongan ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai pencapaian akademik yang luar biasa daripada kanak-kanak yang pandai yang dibangunkan kebolehannya. Jadi satu prosedur yang praktikal haruslah digunakan agar keputusan yang diperolehi adalah bertepatan dan sahih. Sebagai panduan dan memudahkan proses pengenalpastian dan pentaksiran dibuat, terdapat tiga pendekatan yang telah diperkenalkan. Antaranya ialah :
a ) Standard Score Method
 Merangkumi kesemua teori yang relevan dengan program yang ingin dibangunkan
 Digunakan untuk mengenalpasti beberapa gabungan kecenderungan
 Mementingkan hak ekuiti pelajar
b ) Multiple Cutoff Method
 Mengambil kira skor pelajar – jika pelajar melepasi had markah ujian yang telah ditetapkan secara automatik dia akan terpilih ke dalam program.
 Pendekatan ini mempunyai kelemahan kerana set pelajar yang dipilih adalah secara rambang, tidak mempunyai bukti yang mencukupi begitu juga dengan sumber rujukannya yang terlalu limit.
c ) Multiple Regression Method
 Menghubungkaitkan beberapa pendekatan yang digunakan di dalam proses pengenalpastian.
 Mencari satu hubungkait di dalam gabungan pendekatan dengan mengukur pencapaian pelajar di awal dan di akhir program.
 Pendekatan ini adalah berdasarkan andaian/anggapan daripada sintesis bagi data pengenalpastian yang dibuat mempunyai hubungan yang tepat bahawa pelajar tersebut akan berjaya di dalam program.

Mengenalpasti Kebolehan Spesifik
Bagi mengenalpasti kecenderungan pelajar di dalam sesuatu bidang secara spesifik Feldhusen ( 1999 ), mencadangkan kebolehan dan kepintaran individu pelajar adalah menerusi akademik, seni, vokasional dan aktiviti sosial. Antara beberapa set diagnostik pengenalpastian dan pentasiran yang boleh digunakan adalah :

a ) Scale For Rating The Behavioral Characteristics Of Superior Students oleh Renzulli
 Terdapat 10 kemahiran yang dinilai di dalam set ini. Penilaiannya merangkumi kecenderungan di dalam seni, muzik, drama, pembelajaran, kepimpinan, motivasi, ketepatan di dalam komunikasi, kreativiti, perancangan dan kebolehan ekspresi.
b ) Academic Rating Scale
 Menilai keseluruhan kepintaran bagi akademik, sebagai contoh kepintaran di dalam matapelajaran matemati, sains, bahasa dan lain-lain matapelajaran
c ) The Vocational – Technical Rating Scale oleh Feldhusen
 Set ini menilai kecenderungan pelajar di bidang agrikultur, perniagaan dan aktiviti interpersonal
d ) Gardner,s Multiple Intelligence Framework
e ) Multiple Intelligence Assesment Technique oleh Udall dan Passe

Merancang pentaksiran
Kita telah memahami ciri-ciri mereka yang pintar cerdas. Pengetahuan ini sangat berguna untuk membantu kita memerhatikan dan memahami diri kita, rakan kita, keluarga kita ataupun mana-mana individu agar dapat mengenalpasti individu-individu terutamanya pelajar kita sama ada mereka benar-benar cerdas atau berbakat. Untuk itu pentaksiran atau penilaian hendaklah dibuat terhadap golongan ini. Menurut Miller (1978) terdapat tiga persoalan yang harus dijawab semasa merancang untuk menjalankan pentaksiran ini.
1. Kenapa hendak dinilai?
2. Apa yang hendak dinilai?
3. Bagaimana hendak menilai?



Kenapa hendak dinilai ?
Proses-proses pentaksiran dan penilaian terhadap golongan pelajar ini dibuat dengan tujuan untuk :
1. Mengenalpasti bakat dan kepintaran yang diperolehinya - Di sini , guru juga dapat mengenalpasti kecenderungan mereka ke dalam sesuatu bidang. Selain itu juga dapat mengetahui sejauh mana kemahiran atau bakat yang dimilikinya serta aras kemahiran semasanya. Penilaian hendaklah merangkumi kekuatan dan kelemahan pelajar. Ini adalah sebagai panduan untuk guru menyediakan pengalaman pendidikan dan juga perkembangan sosial pelajar berkenaan.
2. Perancangan kurikulum – Setelah guru mengetahui aras kemahiran semasa dan kecenderungan seseorang pelajar, mudah bagi seseorang guru untuk membuat perancangan kurikulum untuknya. Memang tidak diwujudkan lagi kurikulum khas untuk golongan pelajar seperti ini. Apa yang seseorang guru boleh buat adalah memberikan projek atau aktiviti yang mencabar berbanding rakan sebayanya berdasarkan kepada tahap kemahiran semasa pelajar berkenaan di dalam sesuatu perkara. Dengan kata lain guru akan memberikan kerja yang sesuai dengan kecenderungan pelajar berkenaan.
3. Klasifikasi – Pelajar ini akan diklasifikasi sebagai pelajar berbakat di kalangan rakan sebaya mereka . Jika terdapatnya aktiviti-aktiviti yang bersesuaian maka golongan ini akan dilibatkan berdasarkan kepada kecenderungan mereka.
4. Penentuan program – Tidak semestinya semua program bersesuaian dengan seseorang pelajar tetapi sesuai dengan pelajar yang lain. Setelah dikenalpasti melalui penilaian dan pentaksiran yang guru jalankan maka mudah bagi guru untuk menentukan program-program yang wajar pelajar ini ikuti.
Apa yang hendak dinilai?
Setelah seseorang guru mengenalpasti pelajar melalui pemerhatian, maka pelajar yang dijangkakan berbakat dan cerdas ini perlu melalui siri pentaksiran dan penilaian yang dapat mengenal pasti bidang atau domain yang dimilikinya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa adakah kemahiran yang dimilikinya didalam sesuatu bidang tersebut adakah bersesuaian dengan umurnya ataupun menjangkau daripada yang sepatutnya. Untuk itu seseorang guru perlu mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar yang berkaitan dengan bidang-bidang berkaitan.

Bagaimana hendak menilai?
Setelah difahami definisi pintar cerdas dan berbakat serta setelah memahami ciri-ciri pelajar pintar, cerdas dan berbakat (PCB) pendidik boleh mengenalpasti pelajar-pelajar PCB untuk disediakan pendidikan yang sesuai dengan keperluan unik mereka. Terdapat dua tahap didalam proses identifikasi siapakah pelajar yang perlu kepada pendidikan khas pintar cerdas.

a. Tahap pertama
Proses mendapatkan maklum balas dari semua pihak dalam bentuk pencalonan pelajar. Pencalonan boleh dibuat oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan, dan diri pelajar itu
sendiri. Pencalonan boleh dibuat dengan menggunakan senarai semak (check-list) dan skala pemarkahan (rating scales).

b. Tahap kedua
Proses mengenalpasti bidang-bidang atau domain kecerdasan serta
tahap kecekapan pelajar terbabit dalam bidang tersebut. Pada tahap ini pelajar
yang dicalonkan akan ditaksir oleh pakar untuk menentukan kemampuan pelajar
dalam bidang/domain berkenaan pada ketika itu.
Alat-alat penaksiran termasuklah ujian kecerdasan (IQ), ujian kompetensi, ujian
bagi menentukan domain kecerdasan dengan menggunakan ujian kecerdasan
pelbagai (Multiple Intelligence-MI). Selain itu, pada tahap ini penilaian pakar juga boleh/perlu diambil kira bagi menentukan domain serta tahap kecerdasan seorang pelajar. Contohnya penilaian seorang pelukis untuk menentukan domain bakat dan tahap kecerdasan seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan.




Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: pengasingan, pemecutan (acceleration) atau pengayaan.Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.
Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu cara ialah dimana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas pada peringkat lebih tinggi yang sesuai dengan perkembangan mereka untuk subjek tersebut. Mak a mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan rakan sebaya.
Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan Negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memrlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topic dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

PTS
Pada tahun 1996, perlaksanaan Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS) yang merupakan salah satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan,. Penilaian ini hanya melibatkan kumpulan pelajar Tahun Tiga yang berada disekolah rendah sahaja. Apabila pelajar yang berjaya memperolehi keputusan pada tahap maksimum di dalam penilaian ini, ia seterusnya akan menduduki ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan di Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya di laksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja dan ianya telah dimansuhkan pada tahun 2000.




Ujian Aptitud UPSR

Mesyuarat jawatankuasa Perancangan Pendidikan Ke – 190 2008 telah memutuskan perlaksanaan UJIAN APTITUD bagi murid tahun enam mulai 2009. Tujuannya adalah untuk mengukur kebolehan semula jadi ( innate ability ) dan kebolehan yang diperolehi ( acquired ability ) daripada pengalaman dan persekitaran pembelajaran. Ujian ini juga dapat membantu guru dalam mengenalpasti bakat, minat dan potensi murid untuk mengikuti pembelajaran. Bahasa yang digunakan di dalam ujian ini adalah berdasarkan aliran sekolah masing-masing.
Ujian ini berbentuk objektif yang mengandungi sejumlah 61 soalan dengan peruntukkan masa 1 jam 30 minit. Struktur soalan terbahagi kepada 3 bahagian :
A ) Bahagian 1 : Kemahiran Berfikir ( 20 item )
B ) Bahagian 2 : Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan ( 20 item )
C ) Bahagian 3 : Minat, kecenderungan dan kesediaan ( 21 item )


Program Permata Pintar
Pada bulan Mac 2009 bertempat di UKM, telah dilancarkan satu program iaitu Program PERMATA Pintar yang merupakan satu usaha murni bertujuan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang berada di seluruh Malaysia. Ia bertujuan untuk menyediakan satu program yang boleh membina suasana pembelajaran yang dapat merangsang minda mereka untuk terus menjadi insan yang kreatif dan inovatif selari dengan keperluan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Program ini merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu anak-anak pintar cerdas untuk terus menerima kaedah pembelajaran yang berbeza bagi membantu mereka menjana pembentukan budaya ilmu baru dan membentuk rasa cinta terhadap pengetahuan sehingga dapat menjadikan mereka khazanah negara yang begitu berharga.
Dalam pada masa yang sama, beberapa negara termasuk di negara Cina, Amerika Syarikat, Perancis, Thailand, dan Singapura menyediakan program sedemikian bagi pelajar dinegara-negara tersebut menimba ilmu khususnya yang pintar cerdas. Daripada pemerhatian dan lawatan yang telah dilakukan di negara-negara maju, kami seterusnya telah merancang mengenai pelaksanaan program cuti sekolah untuk kanak-kanak pintar cerdas dengan kerjasama Johns Hopkins University-Center for Talented Youth di Amerika Syarikat. Seterusnya usaha bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilakukan dengan gigih melalui dua ujian saringan yang sangat teliti iaitu Ujian Permata Pintar UKM 1 dan UKM 2.
Semasa di program Perkhemahan Cuti Sekolah, mereka telah diberikan peluang untuk mengikuti salah satu dari sembilan kursus yang di tawarkan mengikut umur mereka. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti Kriptologi, Pengenalan kepada Robotik, Reka cipta, Penaakulan Mantik, Menjadi Saintis, dan pelbagai kursus penulisan yang menggalakkan perkembangan minda yang kreatif. Pelajar telah diasak untuk mencabar minda mereka dan berfikir di luar kotak (think outside the box), menukar cara mereka menyelesaikan masalah dari satu format yang linier kepada penyelesaian yang pelbagai. Justeru, mereka bukan sahaja diasah mindanya supaya menjadi tajam, malahan juga dibantu untuk membentuk keperibadian unggul agar menjadi seorang insan cemerlang di masa hadapan. Usaha ini merupakan salah satu usaha yang sukar terutamanya apabila program yang dijalankan mengambil masa hanya tiga minggu sahaja.
Program perkhemahan tersebut juga telah dilaksanakan sebagai satu program pembelajaran yang holistik. Program ini mendedahkan pelajardengan pelbagai aktiviti rekreasi yang mencabar kebolehan mereka, di samping mendedahkan mereka kepada aktiviti kerohanian, sukan dan kebudayaan. Dalam pada itu itu, usaha berterusan telah di rancang bagi menampung minat belajar dan membantu mereka mengatasi kesan "big fish in a little pond" yang pernah dilalui oleh pelajar-pelajar berkenaan dalam suasana sistem pendidikan yang biasa.
Untuk tujuan itu, pihak Pusat PERMATA Pintar Negara yang telah ditubuhkan di UKM telah merancang beberapa aktiviti di antaranya ialah :
a. mengadakan latihan dalam talian untuk pelajar-pelajar yang telah menghadiri program Perkhemahan Cuti Sekolah pada tahun 2009
b. mengadakan Alumni PERMATA Pintar UKM sebagai satu platform pembinaan jaringan antara pelajar pintar cerdas, ibu bapa mereka serta guru-guru yang telah menghadirkan diri dalam program Perkhemahan Cuti Sekolah tahun lepas
c. menjalankan program mentoran antara pelajar pintar cerdas tersebut bersama guru pembimbing yang telah dilatih semasa perkhemahan dijalankan
d. Membina e-mail kumpulan bagi memudahkan setiap pelajar pintar cerdas berhubung antara satu sama lain, dan
e. Menyediakan bulletin bulanan yang akan disebar kepada setiap pelajar, guru, sekolah dan individu yang terlibat bagi memaklumkan perkembangan yang berlaku dalam pendidikan pintar cerdas di Malaysia dan di luar negara.
Walaupun program PERMATA Pintar baru sangat ditubuhkan, namun pencapaiannya adalah begitu membanggakan. Oleh yang demikian, satu program pembelajaran formal di sebuah sekolah akan diperkenalkan dan dikenali sebagai Akademi PERMATA Pintar Negara. Semasa berada di Akademi berasrama penuh ini, pelajar akan mengikuti pembelajaran arus perdana seperti pelajar-pelajar lain. Namun, pada masa yang sama mereka juga akan diberi peluang untuk mengambil beberapa peperiksaan antarabangsa seperti SAT, Advance Placement atau O dan A level mengikut kemampuan masing-masing. Keadaan ini akan memberikan mereka satu "safety net" yang luas bagi meneruskan pengajian mereka di universiti-universiti terkemuka di dunia. Mereka memerlukan satu sistem pembelajaran unik yang dapat merangsang minat, kebolehan berfikir, motivasi dan rasa ingin tahu yang tinggi. Justeru, satu program khusus perlu dijana untuk terus menerapkan minat mereka untuk belajar secara berterusan.
Kategori pelajar bagi ujian dalam talian UKM1 merupakan saringan pertama untuk mencari pelajar-pelajar pintar cerdas berusia 8 hingga 15 tahun bagi menyertai Program PERMATApintar Negara terdiri daripada:
• Pelajar berusia 9-15 tahun untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Pelajar beragama Islam berusia 8 tahun (darjah 2 pada tahun 2011) untuk program Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia.
• Pelajar berusia 15 tahun (tingkatan 3 pada tahun 2011) untuk menyertai program Pendidikan Menengah Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.
Kesimpulannya, walau apapun standard atau pendekatan serta kaedah yang digunapakai di dalam mengenalpasti dan mentaksir kanak-kanak pintar cerdas ini, peranan penting dan tanggungjawab utama adalah terletak pada guru, agar tiada seorang pun individu murid yang dinafikan haknya.


RUJUKAN

Becker, K. A. (2003). History of the Stanford-Binet intelligence scales: Content and
psychometrics.(Stanford-Binet Intelligence Scales, Fifth Edition Assessment Service
Bulletin No. 1). Itasca, IL: Riverside Publishing.

Brualdi, A, C. (1996) 'Multiple Intelligences: Gardner's Theory. ERIC Digest', Eric
Digests,[http://www.ericdigests.org/1998-1/multiple.htm. Accessed June 15, 2008]

Feldhusen, J. F. (1994). Learning and cognition of talented youth.In J. Van Tassel-Baska (Ed.),
Comprehensive curriculum forgifted learners (pp. 17-28). Boston: Allyn & Bacon.

Frasier, M. M., & Passow, A. H. (1994). Toward a new paradigmfor identifying talent potential
(RM9412). Storrs: Universityof Connecticut, the National Research Center on the Gifted
and Talented.
Haliza Hamzah, Joy N.Samuel (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.


Hasan Mohd Ali (2007), Mendidik Anak Pintar Cerdas. Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Marland, S., Jr. (1972). Education of the gifted and talented. (Report to the Congress of the
United States by the U. S. Commissioner of Education). Washington, DC: U.S.
Government Printing Office.


Mok Soon Sang (2010), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Ipoh.

Retrieved January 17, 2011from http://psychclassics.yorku.ca/Terman/terman1.htm

TEORI PINTAR CERDAS

Teori yang mengkaji pembangunan intelek ialah teori kebijaksanaa oleh Jean Piaget
dan Nonuniversal Theory oleh Fledmen. Antara teori yang mengkaji psikologi berbakatan
ialah Overexcitability Theory oleh Dabrowski, teori Renzulli dan teori Tannenbaum.
Seterusnya ialah teori-teori kognitif seperti teori kepelbagaian kebijaksanaan oleh Howard
Gardner dan Triarchic Theory oleh Robert Sternberg. Teori komprehensif ialah seperti Model TIDE oleh Feldhusen dan Gagne’s Differentiated Model of Giftedness and Talent oleh Gagne.

KENAL PASTI SI PINTAR

Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an.
Namun demikian pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanakkanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan
MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983, bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program
BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil 33 daripada seminar tersebut, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. Ekoran dengan itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja.

Saturday, April 2, 2011

PROGRAM PINTAR CERDAS

Membentuk kanak-kanak berusia bawah lima tahun untuk menjadi pintar, matang emosi dan bijak berkomunikasi menjadi tumpuan Program Pusat Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara (Permata Negara) dalam usahanya melahirkan “khazanah dan permata” masa depan negara.
Usaha Permata Negara itu, yang dinaungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, diibaratkan seperti mencorak dan mewarnai sehelai kain putih dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk jati diri generasi muda Malaysia.
Setiap anak umpama permata yang perlu digilap kilauannya hasil pendedahan konsep asuhan dan didikan istimewa dengan penerapan konsep belajar itu menyeronokkan menerusi bermain, yang diadaptasi dari pusat kecemerlangan kanak-kanak Pen Green di Corby, England.
Idea penubuhan Permata Negara dicetuskan Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak.
Untuk merealisasikan idea itu, sekumpulan individu profesional termasuk pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat berganding bahu melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan.
Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.
Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal.
Sehingga kini 17,565 kanak-kanak di 457 pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini di mana modul pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri.
Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut arahan.
Rosmah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata, kanak-kanak di bawah program ini juga terbukti sekurang-kurangnya setahun lebih ke hadapan berbanding kanak-kanak sebaya mereka dalam beberapa perkara termasuk aspek kematangan emosi, keyakinan dan kemahiran berkomunikasi.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapai Permata Negara menarik minat isteri pemimpin negara asing termasuk Permaisuri Qatar Sheikha Mozah Nasser Al-Missned dan isteri Presiden Zambia Thaniwe Banda untuk menjalin kerjasama dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pendekatan serta pengendalian program itu.
Kedua-duanya juga bersetuju bahawa Permata Negara adalah satu daripada cara yang boleh digunakan ke arah pembangunan modal insan secara efektif iaitu bermula untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
Walaupun mula menampakkan kejayaan, usaha untuk memperkasakan program Permata Negara dipergiatkan lagi dengan peranan Kementerian Pelajaran, yang diketuai menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk membangunkan aspek penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Selain itu, bagi memperbaiki sukatan pelajaran, Permata Negara turut mendapatkan kerjasama daripada ibu lima anak genius, Halimahton Yusof, yang akan menggunakan pengalamannya mengenai kaedah pembelajaran terbaik untuk anak-anak pintar.
Kerajaan juga mengiktiraf program itu apabila ia diberi peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Ia dilaksanakan untuk:
*Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mencapai umur 5 tahun. Satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak,
*Permata Seni melibatkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,
*Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika Syarikat,
*Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan al-Quran, dan dikendalikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun,
*Perkasa Remaja, yang dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat dan negara.
Menurut Rosmah peruntukan itu akan membolehkan program Permata Negara menubuhkan lebih banyak pusat asuhan kanak-kanak dan penjagaan harian Permata Negara di jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara.
“Peruntukan RM100 juta itu adalah satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia,” katanya.
Selain itu Permata Negara juga berhasrat untuk meneruskan projek-projek yang sudah dirancang di bawah inisiatif Permata dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi termasuk kementerian dan institusi pengajian tinggi dalam usaha untuk menghasilkan sukatan pelajaran terkini

THE GENIUS IN ALL OF US

Identification of Gifted and Talented

Tuesday, February 22, 2011

GT SPECIAL

GT-Special Mailing List

All gifted children are special because of their intellectual abilities. Some, however, have disabilities that make them 'twice-special.' This discussion group is devoted to these children and their families.

Parents/guardians, educators and mentors, and medical and mental health care providers who are facing the joys and challenges of supporting and nurturing these children are most welcome here.

What does GT-Special address? Generally, we are talking about any gifted child who has a learning disability (LD) and/or other neurological problem(s) that interfere with the child's ability to reach the full potential of his or her giftedness. These other neurological problems may include but are not limited to ADD, hyperactivity, autism, Asperger's Syndrome, Tourette's Syndrome, PDD, ODD, OCD, anxiety disorders, sensory integration disorders (SI), and depression.

What these problems all have in common is that they:

Are caused by problems in the brain and nervous system
Are in some cases treatable, but are essentially incurable at this time
Are widely misunderstood by schools and by the public
GT-Special is a safe place where we can discuss our twice-special children, and the problems we face in helping them (and others) understand and deal with their differences, while also encouraging them to develop and enjoy their exceptional intellectual abilities.

New to all this?

Check out our list of GT/Special Ed Acronyms and the GT Definitions Page
Visit Uniquely Gifted and LD Online to get lots of useful information about special needs
Visit Wrightslaw for information about legal issues, advocacy, and dealing with schools

To keep the list safe and supportive, the list moderator will enforce the following guidelines:

Topics welcome on GT-Special include:

Special challenges involved in parenting and educating our children
Advocating for programs that meet their often disparate needs
Social issues that arise from these special challenges
Surviving the Individual Education Plan (IEP) process
Discussion of pertinent research**
How any of the above issues continue to affect us even into adulthood
**HOWEVER: this list is not an appropriate place for conducting research. Any person wishing to collect information on these children as part of a research study must contact the listowners who will review the request and post it if they feel it is appropriate.

List members are asked to remember that our children can and do read list e-mail. Please post in ways which would you would be proud to point to as models of good citizenship to your kids. Due to the sensitive nature of the topics of this list, we only keep one week's worth of archives. Archives are accessible only to listmembers.

Promoting a Civilized Environment

We find a list works best when everyone treats everyone else with respect. Below are a few guidelines designed to make GT-Special a safe environment for discussing often difficult issues. We created this list because we needed a safe place where we could discuss the special issues we face. For this reason, there are a few special rules for this list:

1. Posters may not question the existence of any of the special challenges faced by our members. While they may respectfully question whether a particular label truly fits a particular child, readers must keep in mind that those closest to the situation know a lot more about it then will ever be revealed in an email discussion group, and as such we will accept the family as the final authority on what diagnoses are appropriate for any child.
Examples:

It is not acceptable to write "There's no such thing as ADD. This is just an attempt by the schools to medicate children into compliance."
It is acceptable to write "Has your child been evaluated by a clinician? Your description of her classroom problems sound a lot like behaviors often seen in gifted children who are unchallenged and bored."

It is not acceptable to write "Any kid that can't read by age 9 can't possibly be gifted, this dyslexia stuff is just an excuse."

It is acceptable to write "Research shows that many children diagnosed with dyslexia quickly learn to read when taught by ____ methods, you might want to give them a try."

2. Posters may not attack other list members for their choices of treatment for their children, although they may suggest that certain treatments are worth looking into or that there may be alternatives to current treatments being used.

Examples:

It is not acceptable to write: "Using medications on a child is a horrible thing to do. No caring parent would drug their kid just to placate the school."
It is acceptable to write: "Have you tried using the behavioral methods in the book by ____? Some of these sound like they might be helpful for the problems you are describing."

It is not acceptable to write "Allowing your child to use a computer or tape recorder to get through written assignments is unfair to all the other kids and just encourages laziness."

It is acceptable to write "We found that skipping straight to cursive eliminated a lot of the barriers that were seemingly insurmountable with printing."

3. We don't flame here. Most of us have to deal with plenty of disrespect elsewhere...here we are trying to help one another. Because support doesn't always mean saying "I agree", it's important to phrase challenges in such a way that it is clear that it is not the worth of the writer you are questioning, but rather the validity of the idea.

What is a flame? It is important to recognize that to disagree respectfully, or to politely request a change of behavior, is not to "flame". The following is NOT a flame:

"Has your child been tested using IQ and achievement tests? Many gifted kids show ADD-like symptoms if they are in a classroom setting where they are bored and required to do work well below their capabilities."
This is a flame:

"Listen you jerk - how can you be so stupid and listen to the school idiots tell you your kid has ADD when you haven't bothered to get testing done?!? If you'd bothered to read the FAQ you wouldn't be doing such stupid things."
GT-Special will be a much more effective resource for all of us if we endeavor to keep it flame-free.

In addition to the "rules of engagement" outlined above, GT-Special shares the GT-World guidelines:

Every list evolves its own culture over time. One of the best ways to make a good impression in a new venue is to spend some time "reading the room" to get a feel for the place. Take some time to read the posts over a few days, then please write a little note to introduce yourself to us!



Remember that a mailing list is a highly public forum. Please think twice before divulging information which you would feel uncomfortable mentioning in a restaurant or other public place where anyone could overhear you. While our list member agreement outlines acceptable use for the information on this list, it is possible for anyone, with any motivation, to join the list and read our posts.



To the extent we are successful in creating a friendly, helpful atmosphere, we are likely to attract people you know in real life...neighbors, teachers and friends. Once you've been around for a while, the Internet quickly ceases to be a place where you are truly anonymous. For this reason, you need to take the same responsibility for the things you say here as you would anywhere else.



We recommend including your name and e-mail address in the last two lines of each message sent to the list, to make it simpler for people to communicate privately with you via e-mail. We also encourage including the state or province you live in, because it helps people find others who are covered by the same local laws. However, please do not use signature blocks which occupy more than five lines of text, or which contain lines longer than 80 characters.



It's important to remember that each of us speaks only from our own experience and reading. What works for some families does not work for all. Each reader is responsible for evaluating the information presented here in terms of the credibility of the source and the applicability to the reader's own situation.



Remember that people read this list using a very wide variety of hardware and software, and that some users are limited in their mailbox space or must pay according to the volume of mail they receive. As a courtesy, please configure your e-mail software to use "7-bit" encoding, and turn off the use of "attachments". It is helpful to include part of the message to which you are reacting in your response, but please don't quote the whole thing. If your reaction is a simple "I agree", please send that privately.



Please don't post the following to this list:
warnings about e-mail viruses. For more information on these and other hoaxes, see http://ciac.llnl.gov/ciac/CIACHoaxes.html
chain letters (in ANY form)
blatantly commercial messages (although where relevant to a discussion, please feel free to mention specific products you have found useful).
EXPECTED LISTMEMBER CONDUCT

Confidentiality: Many of the issues discussed on this list are of a sensitive nature. Any information posted here concerning a particular individual shall not be discussed outside of the list without the permission of that individual or their parent/guardian. Anyone violating this will be immediately removed from the list membership.



All posts to GT-Special remain the copyrighted work of their individual authors. With the exception of "fair use" applications, such as quoted material included to clarify replies, no posts may be reproduced in whole or in part in any medium without the express written permission of the author. This includes reproducing or forwarding any part of a list post in private e-mail to non- listmembers. And please do not, under any circumstances, post private e-mail to this list.



GT-Special is maintained for the benefit of the community of families with gifted children with learning disabilities, attention deficit disorders, and/other neurological challenges. While lively discussion is expected and encouraged, listmembers will maintain a tone which is constructive of community and respectful of fellow listmembers. Posts which appear to be destructive of community will result in revocation of list membership. The listowner is empowered to revoke list membership at his/her discretion, but is required to inform the GT World board of directors of such actions. Listmembers who wish to appeal the decision of the listowner may take their case to the GT World board.



Listmembers understand that information exchanged on GT-Special is the product of anecdotal individual experience and in no way represents professional advice. Listmembers implement strategies suggested on GT-Special at their own risk

WELCOME TO GT WORLD

Welcome to GT World!

GT World is an on-line support community for gifted and talented individuals and those who support and nurture them.

GT World offers electronic facilities comprised of this web site and our family of mailing lists.

Mission

At GT World, we strive to provide a warm, comfortable, yet challenging environment in which to explore intellectual giftedness and the issues which surround it. These include parenting and advocating for our children, teaching them how to advocate for themselves, the experience of growing up gifted, obtaining an appropriate education, helping gifted kids with learning disabilities, and the wide range of other issues which tend to be flavored strongly by our own and our children's "difference". To this end, we provide a number of ways for community members to get together.

Virtual Spaces

GT World offers several different electronic venues where people can gather

This Web Site

This web site is home to information scavenged by parents around the world. Please check out our GT Definitions List to get yourself familiar with the educational and psychological jargon you'll need to make sense of the information here! We have also gathered a Collection of Helpful GT Links, Articles of Interest, GT Books and GT Testing Information. If you have suggestions for corrections or additions, please contact our webmaster!

GT-World Electronic Mailing Lists

GT World currently operates five mailing lists which we call GT-Families, GT-Special, GT-Spec-Home, GT-Adults and GT-Talk. These venues provide the opportunity to converse asynchronously about gifted issues. The ability to post a statement or a question at one's convenience and continue the conversation later, after others have responded, seems to be a popular option in our busy lives.
GT World Heritage

Any similarity between the philosophies expressed here and those espoused by the TAG Project is a direct reflection of GT World's heritage. We owe a debt of gratitude to Valorie King and the people of the TAGFAM mailing list, who first demonstrated the power of electronic support for the families of gifted individuals.



Internet Facilities

GT World uses the computer facilities of listserv.icors.org for its lists. This web site is maintained by VCB Consulting. We would like to thank our generous members for their support through these donated services.